PENGENALAN EMPAT MAZHAB



PENDAHULUAN

Empat Imam Besar iaitu Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (Mazhab Hanbali) Imam Muhammad bin Idris atau Imam Syafie (Mazhab Syafie) Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) dan Imam Malik (Mazhab Maliki) perlu diketahui riwayat hidupnya oleh umat Islam, terutama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Empat imam besar itu menjadi terkemuka kerana mereka ulama bebas yang tidak terikat dengan sesiapa dan tidak pula berasa terhutang budi pada sesiapa terutama pemerintah.

Perbezaan pendapat di kalangan mereka hanya berkisar dalam masalah furuk atau cabang hukum agama yang berhubung dengan urusan muamalat ataupun yang berkait dengan kepentingan masyarakat. Keempat mazhab ini tidak berselisih dalam urusan pokok agama kerana mereka tetap berpegang kepada Quran dan hadis, dan sunnah Rasulullah.

Keempat imam besar ini sama- sama menentang amalan bidaah atau yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Mereka juga tidak memaksa pengikutya supaya bertaklid kepada mazhab masing-masing tanpa menyelidik nas yang diambil bagi merumuskan sesuatu fatwa atau masalah.

Imam Syafie contohnya menasihatkan pengikutnya supaya tidak teragak-agak menolak pendapatnya sekiranya ada nas daripada Quran ataupun hadis yang sahih berlawanan dengan pendapatnya.

Timbulnya mazhab-mazhab itu apabila umat Islam tidak lagi berpegang kepada Quran dan hadis pada masa itu.Justeru tampil Imam Hanafi,Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali memimpin umat Islam.Keempat mazhab besar itu semuanya berpegang pada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Rasulullah berkata yang bermaksud, demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya akan berfikrah umatku sebanyak 73 fikrah. Hanya satu masuk syurga dan yang lainnya masuk neraka. Sahabat bertanya siapakah itu ya Rasulullah, baginda menjawab Ahli sunah Wal Jamaah.

Ulasan

Catatan Popular