IMAM SYAFIE



BIODATA IMAM SYAFIE

Imam Syafie adalah imam yang paling popular dan ramai pengikutnya mungkin kerana beliau daripada keluarga Quraisy yang nasabnya berkait dengan Rasulullah.

Nama: Muhammad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.

·         Ayahnya berasal daripda keturunan Quraisy dari Bani Mutalib.

·         Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak-kanak. Ada pendapat lain mengatakan bapanya meninggal ketika beliau masih di dalam kandungan ibu.

·         Menurut al- Hakim , nama ibu Imam Syafie adalah Fatimah binti Abdullah binti al-Hasan bin Husin bin Ali bin Abi Talib.

·         Tetapi pendapat yang popular mengatakan ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.

·         Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah.

·         Beliau mula menghafal Quran sejak berusia Sembilan tahun.
   
          Selama 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta' yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai:
- Suara merdu
- Boleh bersyair
- Bersajak


Pandangan Mengenai Imam Syafie

·         Imam Malik Bin Anas berkata, “Tidak ada lagi keturunan Quraisy lebih pandai daripada Imam Syafie."
·         Imam Ahmad bin Hanbal berkata lagi, “Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh . Fikirlah adakah gunanya selain dari dua ini?"
·         Imam Muhammad al-Hakam berkata,  “Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui cerdik akalnya, lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya, lebih fasih lidahnya, daripada Imam Syafie.
·         Imam Muhammad berkata lagi , “ Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul fiqah selain Imam Syafie."
·         Basyrat Muraisi seorang pengkaji sejarah dan pengikutnya berkata, “Akal Imam Syafie menyamai akal separuh penduduk dunia.Beliau lebih suka membicarakan soal pokok daripada soal furuk."
·         Ibnu Ruhuwaih pula berkata, “Imam Syafie memiliki lidah yang fasih dan iman yang teguh. Beliau adalah ahli pidato yang mengetahui rahsia kejiwaan."



Antara kitab-kitabnya yang terpenting :

  1. Al-Hujjah
  2. Al-imlak
  3. Al-'Umm
  4. Mukhtasar al-Muzani
  5. Al-Risalah
  6. Ahkamul Quran
  7. Ibtalul Istihsan
  8. Al-Buwaiti
  9. Al-Qias
  10. Al-Musnad
  11. Jami'ul Ilmi
  12. Mukhtasar al-Buwaiti
  13. Harmalah
  14. Jami' al-Muzani al-Kabir
  15. Jami' al-Muzani al-Kabir
  16. Istiqbalul Qiblatain
  17. Al-Amali
  18. Al-Qassamah
  19. Al-Jizyah
  20. Qital Ahli Baghyi

SUMBANGAN IMAM SYAFIE KEPADA MASYARAKAT

·         Imam Syafie memberi sumbangan yang besar dalam bidang perundangan Islam. Beliau juga menyusun tidak kurang daripada 113 buah kitab.

·         Dalam kitab ar-Risalah, beliau menerangkan cara mengambil hukum (instinbat) daripada Quran dan hadis serta membincangkan nasakh, kecacatan hadis, syarat penerimaan hadis, ijmak, istihsan, dan qias.

·         Dalam kitab al-'Umm, beliau menyumbangkan ilmu-ilmu mengenai ibadat , muamalat, jenayah dan sebagainya. Pembelaan terhadap hadis dikumpulkan dalam kitab Ilmak al-Ilmu Ulama.




Ulasan

Catatan Popular