KENAPA MUNCULNYA MAZHAB?
KENAPA TIMBULNYA MAZHAB
Pada masa Nabi Muhammad hidup , timbul perselisihan pendapat
di kalangan umat Islam kerana boleh merujuk terus kepadanya. Tetapi selepas beliau
wafat pada 2 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah
ataupun 8 Jun 632 Masihi, wujud perbezaan pendapat di kalangan umat Islam. Akibat perbezaan pendapat itu, tercetus Perang Jamal dan perang Siffin yang
mengorbankan ramai umat Islam. Ekoran dari itu, wujud kaum Syiah dan Khawarij.
Kemudian muncul pula fahaman Muktazilah yang diketuai Washil bin Athak dan Umar
bin Ubeid. Kemudian muncul pula fahaman Qadariyah dan Jabariyah.
Akhirnya muncul pula fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
diketuai Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.
Di bawah ini dinyatakan perbezaan fahaman-fahaman itu:
1. Kaum Syiah , kaum yang berlebih-lebihan memuja Saidina Ali bin Abi Talib .Malah dikatakan
mereka tidak mengakui Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman
Affan .Namun, fahaman Syiah juga berpecah kepada 22 aliran.
2. Kaum Khawarij, kaum yag membenci Saidina Ali bin Abi
Talib, malah ada yang mengkafirkannya. Mereka sanggup membunuh Saidina Ali bin
Abi Talib dan keluarganya. Mereka tidak sependapatdan berpecah kepada 20
aliran.
3. Kaum Muktazilah, kaum yang berfahaman Tuhan tidak
mempunyai sifat.Kerana itu manusia berkuasa ke atas dirinya sendiri . Baik dan
buruk bergantung pada pilihan sendiri. Mereka berpendapat manusia tidak boleh
melihat Tuhan walau di dalam syurga. Mereka berpendapat syurga dan neraka
berserta penghuninya tidak kekal.Israk dan Mikraj Nabi Muhammad berlaku dengan
roh sahaja. Fahaman Muktazilah juga berpecah kepada 20 aliran.
4. Kaum Murjiah , mereka berpendapat sesiapa yang sudah
Islam dan beriman sekiranya melakukan maksiat tetap masuk syurga seperti orang
kafir yang membuat kebajikan tetap masuk neraka.
5. Kaum Najariyah, mereka berpendapat manusia melakukan
sesuatu perbuatan itu kerana sudah ditentukan Tuhan. Mereka juga mengatakan
sifat Tuhan tidak ada.
6. Kaum Jabariyah, mereka berpendapat untung nasib setiap
manusia sudah ditentukan sejak azali lagi.Manusia tidak mempunyai daya dan
upaya mengubahnya. Contoh , seseorang itu sudah ditentukan tempatnya di syurga
ataupun neraka.
7. Kaum Musyabbihah, mereka berpendapat Tuhan juga bersifat
seperti manusia, ada tangan, mata, kaki, duduk di atas kursi dan sering turun
naik di antara langit dan bumi.


Ulasan
Catat Ulasan