IMAM HANAFI
Biodata
Imam Hanafi
Nama
Sebenar: An-Nukman
Bin
Thabit
Tarikh
Lahir: Tahun
80 hijrah
bersamaan
699 masihi
Tempat
lahir: Kampung
Anbar di daerah
Kufah
Baghdad
Nama
Gelaran:
(Iman
Abu Hanifah)
mendapat
gelaran
itu
kerana
beliau
mendapat
seorang
anak
bernama
Hanifah, ada
juga
mengatakan
nama
Hanifah
bermaksud
dakwat
bahasa
parsi
dengan
sebab
beliau
selalu
membawa
dakwat
kemana
sahaja
dia
pergi.
Imam
Abu Hanifah
terkenal
sebagai
seorang
yang alim
dalam
ilmu
fiqah
dan
tauhid. Beliau
belajar
lebih
daripada
200 ulama
yang terbilang
pada
masa
itu, antaranya
Abdullah
Bin
Umar, Abdullah
Bin
Abbas
dan
Abdullah Bin Masud.
Imam
Abu Hanifah meninggal dunia dalam dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Al-Khaizaran yang
terletak di timur kota
Baghdad.
Bagaimana Mazhab Hanafi Berkembang ?
Selepas beliau meninggal dunia, seramai 40
orang anak muridnya yang
menjadi ulama gigih berusaha dalam menyebarkan ajaran guru
mereka.
Abu
Yusuf salah seorang anak
murid beliau dilantik menjadi ketua
hakim atau kadi semasa pemerintahan Khalifah
Harun Ar-Rasyid, beliau diberi tanggungjawab menguruskan hal ehwal
agama.
Abu Yusuf
melantik para
hakim atau kadi di seluruh negeri Iraq, Khurasan, Syam, Mesir dan negeri-negeri Afrika utara daripada kalangan anak-anak
murid Abu Hanifah.
Melalui perlantikan tersebut Mazhab Hanafi dapat dikembangkan.
Hingga kini, Mazhab Hanafi masih berkembang di negara Palestin,
Iraq, India, Pakistan, Afghanistan, Balkan, Albania, Brazil dan Amerika
Selatan.
Sumbangan
Imam Hanafi
Beliau
banyak
menghabiskan
masa
di masjid untuk
menyampaikan
ilmu
pengetahuan
terutama
dalam
bidang
agama kepada
orang ramai.
Beliau
juga
terkenal
dengan
kebijaksanaan
dalam
membezakan
hadis
sahih
dan
sebaliknya
, beliau
sangat berhati-hati
dalam
menentukan
sesuatu
hukum
mengikut
martabat
hadis
.
Beliau
terkenal
dengan
ahli
fikir
islam
kerana
menggunakan
akal
fikirannya
dalam
memutuskan
sesuatu
hukum
apabila
hukum
tersebut
tidak
terdapat
al-quran, dengan
kebolehan
itulah
beliau
dapat
menyusun
ilmu
berkenaan
hukum
fiqah
dalam
bab.
Beliau
merupakan
ulama
pertama
menyusun
kitab
fiqah
secara
tersusun
mengikut
bab
dan
fasal, beliau
juga
menyusun
Kitab
Al-Faraid
dengan
lengkap. Cara pemikirsan
beliau
dapat
mempengaruhi
anak
muridnya
yang menyebarkan
ilmu
mengikut
aliran
pendapat
melalui
kuliah
dan
penulisan.
Wasiat Imam Abu Hanifah
Apabila terdapat sebuah hadis yang
sahih, hadis itu menjadi mazhabku.
Tidak
halal bagi seseorang mengambil ataupun memakai pendapatku selama dia tidak mengetahui daripada mana aku mengambil pendapat itu.
Haram
bagi
orang yang tidak mengetahui dalilku apabila dia berfatwa dengan pendapatku.
Sesungguhnya kami
adalah manusia biasa, ada kalanya kami
berfatwa pada harin ini, dan kami
membatalkan pendapat keesokan harinya.
Apabila aku mengemukakan sebuah pendapat yang
bertentangan dengan
Quran dan Hadis Rasulullah yang
salah , tinggalkan perkataanku itu.
Berhati-hati ketika kamu berhadapan dengan raja
seperti kamu berhati-hati dengan api. Engkau pasti mendapat faedah kepanasannya apabila berada jauh darinya, sekiranya engkau terlalu dekat, kamu akan sakit dan terbakar.
Bercakaplah apabila perlu dan jangan mudah mengkritik
orang lain kerana mereka pasti membalas kritikan kamu itu.


Ulasan
Catat Ulasan