IMAM MALIKI



Biodata Imam Malik

Nama: Abu Abdullah Malik Bin Anas Bin Malik Bin Abi Amir Bin Amr Bin Haris Bin Gaiman Bin Kutail Bin Amr Bin Haris Al-Ashabi.

Tempat Lahir: Madinah (lahir pada tahun 95 Hijrah/ 712 Masihi)

Tahun Wafat: 179H/ 796M (berumur 84 tahun)

Tempat Dikebumikan: Di tanah perkuburan Baqik

 Keluarga Imam Malik:
  1. Mempunyai seorang isteri
  2. Mempuyai 4 orang anak 3 lelaki,1 perempuan
  3. Anak perempuan beliau bernama Fatimah
  4. Anak lelakinya bernama Muhamad,Hammad dan Yahya

 Salasilah Keluarga: Keturunanya berasal daripada Yaman. Moyangnya berpindah ke Madinah dan menganut Islam pada zaman Rasulullah SAW.


Kisah Hidup: Imam Malik dikandungkan ibunya selam 2 tahun. Malah ada yang mengatakan selama 3 tahun. Selain itu, Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman 9 orang khalifah bani Umaiyah dan 5 org khalifah bani Abbasiyah.



Keperibadian Imam Malik

Imam Malik bin Anas dikurniakan kecerdasan akal fikiran yang tinggi.
Beliau menghafaz Al-Quran ketika usianya masih muda.
Beliau seorang yang berakhlak mulia, bersopan santun, suka memakai pakaian yang bersih serta memakai bau-bauan yang harum.
Beliau suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan Imam Malik seorang yang hartawan yang sangat suka menderma.
Selain itu, Imam Malik sangat menghormati hadi Rasulullah SAW.
Sebelum membacanya, beliau akan mandi dan berpakaian bersih serta memakai harum-haruman terlebih dahulu.
Seterusnya, Imam Malik seorang yang sangat sabar.
Beliau pernah disebat dengan rotan sehingga patah tulang rusuknya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah.
Beliau juga merupakan satu-satunya ulama yang suak berdampingan dengan khalifah dengan tujuan mahu memberi nasihat kepada pemerintah.
Beliau adalah seorang ulama yang warak, taat dan patuh kepada Allah.
Beliau juga kuat beribadat terutama sekali pada waktu malam.



Pendidikan Imam Malik

Imam Malik gemar menuntut ilmu pengetahuan.
Sejak kecil, beliau menghafaz Al-Quran dan hadis.
Beliau juga berguru dengan ramai ulama Madinah.
Beliau mempunyai daya hafalan yang luar biasa.
Suatu hari beliau mendengar gurunya membaca 30 hadis terus-menerus dan beliau dapat menghafal 29 hadis.
Imam Malik pernah belajar daripada 900 orang guru.



Sumbangan Imam Malik

Imam Malik pakar dalam bidang ilmu hadis.
Beliau berhati-hati dalam menyelidik sanad dan perawi hadis bagi memastikan kesahihannya.
Disebabkan oleh kemasyhuran Imam Malik dalam bidang ilmu hadis, ramai ulama dari luar Madinah datang bagi mendapatkan ilmu daripada beliau.
Selain mengumpul hadis-hadis nabi, Imam Malik juga menganalisa hadis-hadis itu bagi merumus hukum-hukum agama.
Imam Malik juga berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu fatwa.
Sebelum setiap hokum dikeluarkan, terlebih dahulu beliau merujuk kepada Al-Quran dan hadis.
Sekiranya, tidak terdapat di dalam kedua-dua sumber itu, barulah beliau merujuk kepada ijmak ulama Qias.
Peninggalan Imam Malik yang terbesar adalah kita Al-Muwattak yang menjadi bahan rujukan kepada seluruh umat Islam hingga sekarang.
Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria, Libya dan Palestin.



Mazhab Maliki

Imam Malik adalah pengasas Mazhab Maliki.
Suatu ketika dahulu mazhab ini pernah menjadi mazhab rasmi di Mekah, Madinah, Iraq, Mesir, Algeria, Tunisia, Andalusia, Morocco dan Sudan.
Tetapi kini penduduk Mekah dan Madinah tidak lagi menganut mazhab Maliki.
Di Iraq dan Mesir juga tidak ramai lagi yang menganutnya.
Cuma Morocco sahaja satu-satunya negara yang menjadikan mazhab Maliki sebagai mazhab rasminya.
Imam Malik membina mazhabnya berpandukan pada sumber-sumber asas sebagaimana yang dilakukan ulama yang terdahulu.
Beliau berpegang kepada 5 dasar atau sumber berikut:            
·         Al-Quran
·         Hadis
·         Amalan Ahli Madinah atau Ijmak Ulama Madinah
·         Qias
·         Maslahah Al-Mursalah

Ulasan

Catatan Popular